Milo Đukanović
Milo Đukanović

Milo Đukanović

Milo Đukanović (Bahasa Montenegro: Мило Ђукановић, disebut [ˈmilɔ ˈdʑukanɔʋitɕ]  ( listen); lahir 15 Februari 1962) ialah bekas Presiden dan Perdana Menteri Montenegro. Đukanović memegang jawatan Perdana Menteri selama tiga penggal berturut-turut (1991–1993, 1993–1996, dan 1996–1998); kemudian menjadi Presiden Montenegro mulai tahun 1998 hingga 2002 sebelum kembali ke jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003 hingga 2006. Biarpun memilih untuk mengundur diri pada akhir tahun 2006, namun beliau kembali memegang jawatan Perdana Menteri pada Februari 2008. Parti campurannya memenangi pilihan raya awal pada tahun 2009 dengan majoriti mutlak, sekaligus memberikan penggal keenam kepadanya. Beliau meletak jawatan selaku Perdana Menteri pada Disember 2010.[1] Đukanović juga Presiden jangka panjang Parti Demokratik Sosialis Montenegro, dahulunya cawangan Montenegro untuk Parti Komunis Yugoslavia, yang mentadbir Montenegro semenjak bermulanya sistem berbilang parti.Apabila Đukanović menceburi bidang politik sewaktu muda, beliau bersekutu rapat dengan Slobodan Milošević.[2] Bagaimanapun, pada tahun 1996, beliau membelot Milošević dan melepaskan wawasan kesatuan Serbia dan Montenegro demi ideologi kedaulatan. Beliau menyaksikan Republik Persekutuan Yugoslavia berubah menjadi Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro, kemudian Montenegro semakin berpecah dari Serbia ekoran kemenangan dalam pungutan suara kemerdekaan pada tahun 2006.